1 September 2019 BFERRIES Beroperasi Ke Puteri Harbour

 

Terminal Feri Antarabangsa Kukup

TANJUNG BALAI KARIMUN – Terhitung 1 September 2019, operasi terminal feri antarabangsa di Kukup, Pontian akan diambil alih oleh kerajaan negeri Johor. Keputusan itu diputuskan berdasarkan hasil mesyuarat Exco negeri minggu lalu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Solihan Badri berkata, terhitung 01 September 2019, terminal feri antara bangsa Kukup akan ditutup buat sementara dan kapal – kapal yang beroperasi ke terminal tersebut akan dialihkan ke pelabuhan Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Menurut Solihan, keputusan itu dibuat setelah konsesi yang diberikan kepada sebuah perusahaan lokal ditamatkan kontraknya pada akhir bulan ini atas sebab tertentu.

Tambahnya, operasi terminal feri antarabangsa kukup akan diserahkan kepada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Ditempat terpisah owner BFerries, Mr. B membenarkan apa yang telah disampaikan oleh Exco Pengangkutan Negeri Johor tersebut, menurutnya kapal – kapal yang beroperasi ke Kukup akan dialihkan ke Puteri Harbour mulai dari 01 September 2019 sampai dengan waktu yang belum ditentukan.

Terminal Feri Antarabangsa Kukup selama ini menyediakan perkhidmatan feri dari Kukup menuju Tanjung Balai Karimun, Indonesia atau pun sebaliknya dan merupakan menjadi pusat tumpuan bagi warga negara Indonesia maupun Malaysia dikarenakan jaraknya yang sangat dekat.